TATIH
pERJUANGAN pERLU dITERUSKAN..
Monday, March 10, 2014
Semalam...
Semalam ada temujanji dengan kaunselor sekolah Afiq, hasil perjumpaan pertama dengannya, seolah-olah ada sinar terang, Insha Allah. Dia berpengalaman menyantuni kepelbagaian gaya pebelajaran ini. 14 tahun di US sebelum balik ke Malaysia. Kaunselor siapkan borang soalselidik yang akan diisi oleh 10 orang ustaz dan ustazah Afiq. Semalam kami dimaklumkan dapatannya dan dia siap beri raw data (original) lagi pada kami. Hasil dapatannya menunjukkan Afiq tergolong dalam ADD bukan ADHD. Dia cadangkan mungkin boleh cuba pergi ke PPUM untuk buat pengukuran yg lengkap tentang Afiq jadi sebagai ibu bapa senang kami menangani. Logik juga mungkin di sana peralatan yang pelbagai. Walau dah rujuk hospital di sini.
Encik suami, merasakan untuk ke PPUM perlu dapat advice dr..so pergi jumpa Dr Ramli. Entah laa aku macam tak berapa setuju dengan dia. Suruh Afiq ambil ubat, cuba dalam sebulan. Allah, itu cara terakhir yang aku akan cuba.
Sekarang aku secara perlahan-lahan membiasakan afiq dengan rutin yang dia kena buat. Semoga aku dan Encik suami diberi kekuatan. Dr Adnan kata afiq kena dibantu dengan membiasakan dengan rutin pembelajarannya. Kalau boleh semua dengan proses yang betul..tapi jangan sampai dia give up..tak nak buat langsung..
...dah bulan 3, memang hari-hari ada saja kerja sekolah yang tak siap...dengan kesibukan kerja sendiri dan urusan rumahtangga aku pun lupa...alpa dengan masalah dia. Dia ada masalah untuk buat kerja sekolah. Sedikit-sedikit aku selesaikan..harap-harap ustazah dan ustaznya faham. Bahasa agak ok kerana dia dah boleh baca dan menulis..cuma tulisannya tak kemas dan sekata laa..matematik agak merisaukan..tapi buat masa ini macam ok lagi...subjek dinniah yang paling risau jawi dia agak slow....arab lagi...semoga Allah permudahkan.
Dr Adnan cadangkan aku sediakan buku catatan untuk interaksi aku dan guru. Aku akan buat. Untuk mudahkan atau bantu aku dirumah. Dan aku akan catatkan insha Allah.
Tuesday, February 25, 2014
Nota seorang ibu..
Mama kawan Afiq tanam bekal air afiq dalam pasir kat padang tadi.
Mama tak tau nak kata apa...tapi lain kali jangan bagi kalau kawan buat begitu..semoga Afiq dapat ikuti pelajaran dalam kelas...semoga afiq dapat ikuti pelajaran matematik...afiq sedar pentingnya matematik macam afiq cari maklumat dalam internet dan macam afiq cari pelbagai maklumat pasal M&M's, Nippon Paint, skittles dan lain-lain.
Sangat kelakar bila afiq melontarkan HELAH BELA DIRI tak nak sekolah.."Mama, kaki Afiq patah...Afiq tak boleh sekolah" sambil jalan dengkut-dengkut.
Tuesday, April 27, 2010
Salam ....Masih Bertatih...
Percubaan pertama untuk menulis blog...setelah beberapa ketika menjadi "pembaca senyap". Apa yang nak dikongsi...masih samar-samar....cuba-cuba bertatih.
Subscribe to:
Comments (Atom)